fbpx

Fattah Amin Tak Terasa Kritikan Pelakon Senior

Tidak henti-henti digelar kayu, pelakon Fattah Amin dalam masa yang sama menyatakan bahawa dia tidak pernah terasa dengan mana-mana kenyataan yang dilemparkan kepadanya. Tidak mudah melatah, Fattah menyatakan apa yang disuarakan oleh Que Haidar adalah secara umum.

BACA: Fazura Akui Tak Akan Move On Dengan Fattah Amin

Sebelum ini, Que Haidar telah mengeluarkan kenyataan mengenai pelakon baharu yang tiada inisiatif meningkatkan kemahiran mutu lakonan dan masih lagi ‘kayu’. Bermula dari situ, ramai yang mengandaikan bahawa teguran tersebut ditujukan kepada Fattah.

“Pernah ke saya terasa?. Bagi saya, tak kira orang biasa, selebriti atau peminat berhak untuk menyuarakan pendapat mereka. Lagipun, dalam kenyataan selebriti tersebut tidak ada menyebut nama sesiapa”

“Jadi, perkara itu dikatakannya secara umum. Sama juga dengan peminat yang kadang-kadang apa yang dikatakan atau komen itu tidak ditujukan kepada mana-mana individu,” kata Fattah kepada mStar Online. (rtky/s)