fbpx

Fazura Akui Tak Akan Move On Dengan Fattah Amin

Nampaknya peminat Fattah Amin dan juga Fazura tidak perlu bersedih andai ada yang sudah memberi gambaran bahawa ‘hubungan’ mereka akan berakhir kerana Fattah telah melakukan sesuatu yang membuatkan hati wanita cair.

BACA: Kerana Pertikai Iman, Fazura Jadi Perhatian Di Twitter

Ini semua gara-gara tindakan Fattah menghadiahkan jambangan bunga kepada Fazura ketika pelakon wanita berkenaan selesai menggayakan rekaan jenamanya di Minggu Fesyen Kuala Lumpur 2017 (KLFW2017). Ternyata mereka yang hadir di situ bersorak meraikan apa yang dilakukan oleh Fattah.

“Saya terkejut sebenarnya, masih dalam karakter dan susah sikit hendak ‘move on’. Memang tak akan ‘move on’,” kata Fazura kepada mStar Online. Makin hebat nampaknya persahabatan mereka, bukan saja di lokasi penggambaran malah hingga ke dunia realiti.

Apa pun, buat peminat setia pasangan ini, apa lagi – raikanlah cinta di antara pasangan ini. Semoga hubungan yang terjalin di antara Fattah dan Fazura akan berakhir dengan baik baik saja. (rtky/s)