fbpx

Fattah Amin Lembutkan Hati Fazura Untuk Kahwin

Tahniah sekali lagi diucapkan kepada Fattah Amin dan Fazura yang telah mengikat tali pertunangan pada 13 November lalu. Siapa sangka daripada seorang wanita yang sangat berdikari dan tidak terfikir untuk berkahwin Fattah telah berjaya menawan hati Fazura.

BACA: Fattah Amin, Fazura Sahkan Sudah Bertunang

“Saya memang seorang wanita yang sangat degil dan tidak pernah terfikir untuk berkahwin dalam masa terdekat. Tapi apabila bertemu dengan Fattah dan mengenali dia, hati saya terbuka. Saya nampak masa depan dengan dia. Dia melamar dan saya menerima”

Pengakuan tersebut diluahkan pelakon itu setelah gosip bertiup kencang mengatakan mereka sudah bernikah sebelum berangkat ke Mekah baru-baru ini. Menafikan berita berkenaan, Fattah turut memberitahu bakal mendirikan rumah tangga dalam masa terdekat bersama wnaita terindahnya.

“Dengan jadual kerja kami yang ketat, saya sendiri menyerahkan perancangan kepada pihak syarikat pengurusan saya. Ada beberapa perkara yang perlu kami buat. Pergi kursus kahwin dan uruskan dokumen. Insya-Allah kami akan bernikah dalam masa terdekat,” katanya dalam sidang media semalam.

Bagaimanapun berikutan permintaan kedua belah keluarga, majlis pernikahan yang bakal diadakan akan dilangsungkan secara tertutup dengan kehadiran ahli keluarga dan teman rapat sahaja. Manakala dua majlis resepsi akan diadakan untuk peminat dan media pada tahun depan. (rtky/w)