Biarpun masih baru mendirikan rumah tangga, Fattah Amin dan Fazura nampaknya dah siap sedia dengan nama anak yang bakal dilahirkan nanti. Menerusi Era FM, Fattah memberitahu nama-nama itu sama-sama dipilih oleh mereka ketika mengerjakan ibadah umrah November lalu.

BACA: Fattah Amin Hadiahkan Kereta Untuk Ibu Bapa


“Kalau anak perempuan nama yang dipilih, Fatimah Aishah, nanti kalau tengok filem Ayat-Ayat Cinta 2 ada nama watak itu. Kalau cahaya mata lelaki pula saya pilih Fath iaitu ada nama Fattah dan Fazura”


Selain itu jelas Fattah, beliau sebenarnya kini sedang bercuti dan meluangkan masa bersama isteri dulu. Malah persiapan resepsi perkahwinan mereka juga sudah tidak lama lagi, jadi banyak persiapan perlu dilakukan mereka.

“Saya sedang bercuti dan akan berbulan madu dahulu, kemudian sibuk dengan persiapan resepsi kami pada Januari depan,” katanya menerusi radio Era FM ketika mempromosikan drama terbarunya, My Coffee Prince.



Pasti tersengih lagi peminat Fattzura mendengar khabar berita ini. Tidak rumit dan ringkas sahaja nama yang ingin diberikan, malah kali ini pasangan ini juga tidak berteka-teki lagi mengenai perancangan mereka. Tidak sabar rasanya ingin melihat bayi comel mereka. (rtky/w)