fbpx

Fattah Amin Hadiahkan Kereta Untuk Ibu Bapa

Orang kata, selagi ibu bapa masih ada, berbaktilah sebaiknya dan itulah apa yang dipegang oleh Fattah Amin. Baru-baru ini, pelakon lelaki ini baru saja menerima hadiah kereta Peugeot 408 e-THP sebagai kerana berjaya merangkul trofi Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) 3.0 pada Mei lalu.

BACA: Gambar Manis Pernikahan Fazura & Fattah Amin

Sempena dengan kejayaan tersebut juga, Fattah menjelaskan bahawa kereta berkenaan yang dimenangi hasil sokongan setia peminat akan diberikan kepada ibu bapanya.

“Tanpa sokongan ramai, saya tidak mungkin berada di sini, malah selain keluarga, peminat antara tonggak yang menguatkan semangat saya untuk terus memberikan yang terbaik,” jelasnya kepada BH Online.

Perjalanan seni masih jauh buat Fattah dan pastinya hari mendatang akan lebih mencabar buat pelakon lelaki ini. Semoga Fattah akan terus menyinari dunia hiburan tanah air dan mampu mengekalkan sikap dan juga disiplin yang sama.(rtky/s)