fbpx

Berita kehamilan Fazura rata-rata menggembirakan semua orang. Kini memasuki tujuh bulan usia kehamilan, Fattah Amin mengakui beliau banyak membacakan surah Yusuf dan Mariam buat anak sulungnya.

BACA: Fattah Amin Kena ‘Tempias’ Kehamilan Fazura, Asyik Nak Makan Manis

Memahami perubahan emosi isterinya yang kini sarat hamil, Fattah memberitahu beliau banyakkan bersabar serta melayan sahaja kerenah dan kemahuan isterinya dan cuba berada disisi isterinya setiap masa.

“Antara surah yang saya baca adalah surah Yusuf dan Mariam, Insya-Allah, saya percaya akan kebaikan membaca surah-surah ini kepada bayi dalam kandungan”

“Saya faham, tentu wanita yang sedang hamil mengalami perubahan dari segi mood mereka, begitu juga isteri saya. Tetapi, sebagai suami, saya perlu banyak bersabar dan sentiasa berada di sisi dia, layankan sahaja kerenahnya,” katanya.

Malah kata Fattah, akhir-akhir ini juga beliau banyak meluangkan masa bersama isterinya itu selepas pulang dari kerja. Pasti ramai yang tidak sabar menantikan Fattzura Junior yang bakal lahir nanti kan?. (rtky/w)