fbpx

Fathia Latiff Tak Sabar Tunai Umrah

Mengakui segala kontroversi membabitkan dirinya kebelakangan ini sehingga dihentam teruk membuatkan Fathia Latiff menganggap pemergiannya ke tanah suci Mekah tidak lama lagi sesuatu yang bermakna. Katanya lagi, peluang yang diberikan untuk menjadi tetamu Allah pada kali ini akan digunakan sebaiknya untuk mendekatiNya serta melakukan sebanyak mungkin ibadah.

BACA: Isu Pramugari: Fathia Latiff Enggan Minta Maaf

“Allah menguji kesabaran saya. Sebagai manusia ada kalanya saya tidak mampu mengawal perasaan. Namun setiap kejadian sebagai pengajaran untuk mematangkan diri. Namun di sebalik berdepan dugaan silih berganti, saya semakin tidak sabar untuk menjejakkan kaki ke sana menjalani beribadah. Lebih istimewa kerana seluruh keluarga turut serta”

“Bagi saya, mahu menjadi baik bukan senang. Beristiqamah selepas bertudung pun bukan perkara mudah. Apa pun dalam hidup ini kita pasti akan terjatuh dan perlu lekas bangun,” jelasnya kepada Berita Harian Online mengenai pemergiannnya ke Mekah tidak lama lagi.

Terdahulu, isu Fathia bersama seorang pramugari hangat diperkatakan orang ramai sehingga mengundang kecaman berterusan. Mengakui ianya merupakan ujian berat buatnya sebelum melabuhkan tirai tahun ini, Fathia redha dengan apa yang terjadi namun terus kuat melalui harinya sebagai selebriti walaupun bertubi-tubi dilanda kontroversi. (rkty/w)