Antara selebriti yang masih baru mengenakan hijab, Fathia Latiff akur dengan kritikan peminat mengenai cara pemakaian tudungnya yang kadang kala tidak bersesuaian. Malah katanya, beliau menghormati segala kritikan yang dilemparkan kerana dirinya juga masih dalam proses belajar untuk mengenal pasti fesyen yang selesa untuk digayakan.

BACA: Fathia Latiff Nafi Bakal Kahwin VIP


“Saya tidak marah dengan mereka yang mengkritik mengenai cara saya mengenakan tudung. Saya akui pada awalnya ketika mengenakan tudung saya begitu ekstrem. Ketika itu saya berfikiran perlu menjaga setiap perkara dalam pemakaian. Saya yang tanam imej itu dalam fikiran mereka”

“Bagaimanapun bila saya faham Islam itu mudah, akhirnya apa yang penting kini adalah perubahan yang datang secara perlahan-lahan. Sekali gus memastikan diri saya benar- benar selesa dahulu. Saya tidak mahu dikemudian hari ada perasaan memberontak dalam diri, itu yang cuba saya elakkan,” katanya kepada Utusan Online.

Bagaimanapun, Fathia akui pada awal penghijarahannya dulu, beliau terlalu menjaga adab pemakaian untuk tampil sebagai muslimah sempurna sehingga menyebabkan jiwanya memberontak. Dengan itu, Fathia tidak mahu penghijrahannya dibuat secara terburu-buru.


Bak kata orang hijrah itu memang mudah tetapi istiqamah itu yang payah. Semoga Fathia terus berusaha istiqamah dan kuatkan iman untuk menjadi muslimah yang lebih baik. Biarlah hijrah itu perlahan tetapi sekurang-kurangnya ianya kekal buat selamanya. (rtky/w)