fbpx

Fathia Latiff Nafi Bakal Kahwin VIP

Mempunya rupa paras yang cantik merupakan bonus buat selebriti, namun selalunya selebriti yang cantik ini memang tidak lari dari kontroversi cinta. Terbaru kedengaran Fathia Latiff bakal berkahwin dengan seorang individu ternama dan berkuturunan diraja. Pun begitu, Fatiya menafikan dakwaan itu dan akui dirinya masih trauma untuk bercinta.

BACA: Fathia Latiff Tak Sabar Tunai Umrah

“Bukan sekali saya kecewa kerana cinta. Situasi itu sudah pun saya lalui dua tiga kali sejak dari dulu. Bertahun-tahun bercinta tetapi akhirnya tidak kemana jua. Jadi sekarang saya membuat keputusan, biarlah saya sendirian duhulu buat sementara waktu ini”

“Soal jodoh saya serahkan sepenuhnya kepada rezeki ditetapkan dan buat sementara waktu saya bersyukur kerana ada keluarga dan rakan rapat di sisi yang sentiasa membuatkan hari-hari dilalui terisi dan tidak pernah berasa sunyi,” katanya kepada Harian Metro.

Terdahulu, Fathia pernah mempunyai hubungan cinta bersama pelakon, Aiman Hakim. Namun hubungan itu terhenti di tengah jalan. Kejadian itu sedikit sebanyak membuatkan Fathia trauma untuk bercinta lagi kerana bimbang hati akan terluka lagi. Soal hati dan perasaan ini tidak boleh dipaksa, jika sudah waktunya nanti pasti hati akan terbuka. (rtky/w)