fbpx

Fathia Latiff Minta Nasihat Ustaz Isu Kongsi Gambar

Selepas sebulan mengambil keputusan untuk berhijab, Fathia Latiff akui dirinya masih di dalam peringkat pembelajaran untuk perbaiki diri dan kadangkala beliau juga terkeliru terutama apabila berdepan dengan persepsi ramai. Dengan itu, beliau berharap dirinya tidak pantas dihukum jika membuat kesilapan.

BACA: Fathia Latiff Optimis Angkat Martabat Muslimah

“Dalam laman sosial seperti Instagram pula, saya ada menerima komen ketika memakai seluar legging. Namun saya tidak cepat melenting dengan komen itu, sebaliknya saya berterima kasih kepada yang memberi komen jika ada yang menganggap ianya keterlaluan. Malah saya ada merujuk kepada ustaz”

“Kebetulan saya mempunyai hubungan baik dgn seorang ustaz yang membantu saya untuk mendekatkan diri dengan Allah. Ustaz itu pernah meluluskan cara saya berpakaian sebelum gambar dimuat naik di laman sosial. Sebagai hambanya, saya berubah secara perlahan tetapi pasti,” katanya kepada Berita Harian Online.

Selepas merangkul anugerah Pelakon Filem Wanita Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian 29, Fathia sekali lagi dikurniakan rezeki selepas berpeluang berangkat ke tanah suci Mekah esok. Baginya kesempatan kali kedua ini merupakan kesempatan terindah dan panggilan yang Maha Esa buatnya.

Kali ini pula, perjalanan Fathia ke Mekah turut ditemani rakan artis dan kru syarikat Zeel Production untuk menjayakan sebuah produksi. Pun begitu, bagi pelakon cantik ini selain atas paksi kerja yang harus dilakukan, kesempatan beribadat ini memberi peluang untuknya memperbaiki kelemahan diri. (rkty/w)