fbpx

Fathia Latiff Optimis Angkat Martabat Muslimah

Baru sahaja memenangi anugerah Pelakon Filem Wanita Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian 29, Fathia Latiff menjelaskan bahawa dia optimis untuk mengangkat martabat muslimah Islam melalui fesyen dan peragaan wanita menerusi perniagaan yang berunsurkan busana muslimah tidak lama lagi.

BACA: Fathia Latiff: Rasa Lebih Dihormati Selepas Bertudung

“Saya nak naikkan tahap muslimah sekarang ini sebab dulu, secara jujurnya saya rasa kita kena lagi stail muslimah ini tapi dengan cara yang sebenar. Maksudnya macam saya sekarang ini pun taklah sempurna sebagai muslimah”

“Tetapi saya cuba untuk mewakili muslimah di Malaysia untuk sama-sama naikkan bukan saja dari gaya fesyen malah dari setiap sudut. Macam saya dalam industri ini bertudung dan tidak semestinya kita tidak boleh berkerjaya atau bergaya”

“Saya kalau boleh mahu melihat muslimah di Malaysia ini stailo dan dalam masa yang sama masih mengikut cara-cara aturan agama. Dengan itu akan menaikkan lagi martabat wanita Islam,” katanya yang ditemui di Majlis Acara Avon Matte-ness petang kelmarin.

Dalam majlis itu juga, Fathia menjelaskan bahawa dia masih lagi duta kepada produk kecantikan Avon walaupun kini sudah berhijab sepenuhnya.

“Mereka tidak ada masalah hendak meneruskan saya sebagai duta mereka dan saya juga merupakan wanita pertama yang berhijab untuk produk Avon ini,” tambahnya lagi.

Dalam perkembangan lain, Fathia akan berangkat ke tanah suci Mekah pada 15 Mei ini untuk mengerjakan ibadah umrah selain turut menjalankan penggambaran drama terbarunya di sana.

“Saya tak jangka untuk dapat tawaran Hj. Zeel untuk ke Mekah apabila diberitahu akan menjalankan penggambaran di sana. Mungkin ini rezeki dan panggilan daripada Allah. Secara tak langsung bekerja sambil beribadat,” katanya yang kelihatan teruja sekali. (rtky/h)