fbpx

Fathia Latiff: Rasa Lebih Dihormati Selepas Bertudung

Mengakui dirinya lebih dihormati selepas bertudung, pelakon Fathia Latiff dalam masa yang sama menjelaskan rezeki yang datang kepadanya juga tidak henti-henti. Tambah Fathia, kegembiraan yang dialaminya tidak mampu terungkap dengan kata-kata.

BACA: Berhijab Secara Rela & Fathia Latiff Percaya Rezeki Tuhan

“Saya tak tahu nak cakap macam mana. Tapi best sangat. Saya pun pakai tudung ini bukan sebab orang tapi sebab Allah. Cuma nikmatnya sukar diungkap dengan kata-kata. Lepas saya bertudung, banyak betul Allah bagi rezeki”

“Malah saya dapat juga kebahagiaan dan ketenangan. Itulah yang saya rasa selepas tutup aurat. Sebelum ambil keputusan ini, saya sangat takut bagaimana nak bawa watak muslimah. Sedangkan nak jadi seorang muslimah bukanlah mudah”

“Namun, alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Dengan cara bertudung inilah yang mengajar saya supaya tidak melakukan perkara-perkara yang tak elok. Banyak kelebihan pakai tudung ini sebenarnya lebih-lebih lagi dalam soal menjaga adab,” luahnya kepada portal Mangga Online.

Gambar Ihsan: SYAFIQ AFFENDY