fbpx

Fathia Latiff Didakwa Lewat Lima Jam Ke Lokasi

Isu kelewatan selebriti ke set pengambaran mungkin tidak pelik tetapi kalau sudah lewat hingga mengambil masa lima jam dan tampil tidak terurus ke set memang menjadi buah mulut orang. Itulah yang terjadi kepada Fathia Latiff, menerusi ruangan Miss K, selebriti itu nampaknya makin bermasalah.

BACA: Sindir Perdana Menteri, Fathia Latiff Dikecam

“Miss K, aku sangat geram dengan kelakuan Fathia. Sepatutnya, dia muncul dalam Sepahtu Reunion Live malam tadi. Kau bayangkan, calltime yang diberikan pukul 3 petang. Tunggu punya tunggu, tak muncul. Kawan-kawan aku telefon banyak kali, bagai nak rak, macam nak pecah telefon tu”

“Hadoo dia angkat! Akhirnyadapat dihubungi tetapi jawapan standard, on the way, on the way, on the way. Sepatutnya, Fathia muncul awal, sekurang-kurangnya sebelum pukul 6 petang sebab ada sesi FB Live. Tapi batang hidung pun tak nampak! Sesi FB Live batal, rehearsal pun tak ada!”

Menurut Miss K, sumbernya juga memberitahu Fathia muncul dalam keadaan tidak bermaya sehingga menjejaskan pengambaran melibatkan kumpulan lawak, Sepahtu. Malah ada beberapa sesi yang dijadualkan melibatkan Fathia terpaksa dibatalkan kerana kelewatan beliau ke set pengambaran

“Dari pukul 3 menuju pukul 8, kalau memandu dari Kuala Lumpur, dah sampai Kuala Perlis gamaknya tu! Apa yang kami kesalkan, dia muncul dalam keadaan kurang terurus dan tidak bermaya. Macam mana nak live tu?,” katanya kepada Astro Gempak mengenai sikap Fathia.

Apa yang pasti ini bukanlah kali pertama terjadi melibatkan Fathia. Kami tidak pasti masalah apa yang melanda selebriti itu hingga bersikap sebegitu. Apapun semoga Fathia berubah dan lebih profesional. (rtky/w)