Tiada angin tiada ribut, pelakon Fathia Latiff sekali lagi bersuara apabila menuduh suami kepada Datin Seri Heliza Helmi iaitu Datuk Seri Mahadi Zaman sebagai penipu.
Menurut sesi live semalam, Fathia mendakwa dia rasa tertipu selepas syarikat milik Mahadi gagal menyiapkan rumah yang dibelinya sejak lima tahun lalu.
BACA: Fathia Latiff Tak Suka Dipanggil ‘Ariana Rose’
Malah, Fathia mendakwa dia perlu membayar ansuran sebanyak RM2,000 sebulan namun rumah yang dijanjikan siap sepatutnya tahun lalu masih tiada bayang.
“Saya boleh sahaja nak jemput dia sekarang untuk bersembang. Saya mahukan rumah saya. Kalau tidak siap juga, saya mahu buat tuntutan lain.
“Dah lima tahun saya bayar RM2,000 setiap bulan. Mereka telah langgar kontrak. Janji nak siap tahun 2022, kemudian sekali lagi berkata begitu pada 2023 namun sehingga sekarang rumah itu masih belum siap,” katanya.
Sementara itu, Fathia yang kini sedang bercuti di Osaka berkata dia tidak mahu pulang selagi rumahnya belum siap. Ujarnya dia hanya mahukan rumahnya sahaja.
“Saya nak duduk sini (Jepun) terus dan tak mahu balik. Kalau ada rumah baru saya balik. Saya tak mahu lawan kes ini. Saya hanya mahukan rumah saya,” katanya.