fbpx

Fathia Latiff Tak Suka Dipanggil ‘Ariana Rose’

Pelakon kontroversi, Fathia Latiff berkata dia tidak suka dipanggil dengan nama watak yang pernah dilakonkannya sebelum ini iaitu Ariana Rose.

Menerusi perkongsian di Insta Story, Fathia berkata dia meminta orang ramai memanggilnya dengan nama sebenarnya dan akan laporkan kepada badan berkuasa jika ada yang melanggarnya.

BACA: Fatiya Latiff Akui Simpan Dendam Terhadap Aiman

“Shut the f*ck up. Dont call me Ariana Rose. I f*cking dont like it. Call me Fatia aka Fathia. Whoever breach this, which i dont like i will report to the authority. It is under FC law of Personal Liberty. Thank you,” tulisnya.

Sejak minggu lalu hangat diperkatakan mengenai pelakon itu apabila mengutuk aktres, Zahirah MacWilson serta mengatakan wajahnya seperti bibik.