Farid Kamil Dakwa Pernah Ditawar RM5 Juta Untuk Maafkan Najib Razak, Isteri
Dalam sebuah temuramah bersama stesen televisyen tempatan, Farid Kamil mendedahkan yang beliau pernah ditawarkan wang tunai berjumlah RM5 juta oleh pihak tertentu.
Farid Kamil mendakwa wang tunai itu ditawarkan kepada beliau untuk memaafkan bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor.
BACA: Farid Kamil Gagal Gugurkan Lima Tuduhan Jenayah
Dalam perkembangan berkaitan, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor SAC Fadzil Ahmat ketika mengesahkan yang pihak polis akan memanggil Farid Kamil berhubung laporan polis dibuat terhadapnya berkenaan dakwaan cubaan dirasuah RM5 juta.
Laporan polis tersebut dibuat di Balai Polis Kota Damansara pukul 6 petang semalam, oleh seorang lelaki berusia 43 tahun yang mewakili Presiden Pemantau Malaysia Baharu, Datuk Lokman Noor Adam.
Kes ini akan disiasat mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan kerana kesalahan fitnah. (rtky/m)
- SUMBER
- mStar Online
Untuk kau laki bini berapa ya
=___-_
__________Cari Wanita Telanjang di kejiranan
-___anda di sini: Huit.Re/Telanjang
Kenapa nak kena maafkan mantan PM suami isteri. Ko sape? Lawyer? Majistret? Apaaaaa??? Pelakon?
Pelik tul…
Hahaha…. betoi tu. Joke of the year, dia ingat kita ni senang2 nak percaya lawak bodoh dia. Baik dia masuk MLM 2019, dpt gak duit klau menang
Tak faham aku …nak cets ceta lah semua nya …ni mcm jilaka aje story half half
Dia ni mabuk apa lak kali ni??? Ko punya kemaafan bernilai 5 juta tu boleh buat Najib jd pm ke? Bole kembalikan beg2, brg kemas mewah semah ke? Parpu btul laa hang ni
jual aja