fbpx

Farid Kamil Buat Laporan Polis Pula Sebab … ?

Selepas dibebaskan dari tahanan remam dengan jaminan RM3,000 untuk setiap dakwaan yang dikenakan ke atas dirinya, Farid Kamil kini nampaknya sudah bersedia untuk menceritakan apa sebenarnya yang terjadi .. atau tidak?

Dalam kemaskini terbaru menerusi Instagram, Farid Kamil memuatnaik sekeping gambar dirinya memegang laporan polis di hadapan Balai Polis Mutiara Damansara — namun tidak mendedahkan isi kandungan laporan.

BACA: Farid Kamil Dilapor Hilang Sebelum Insiden Tampar?

“Assalamualaikum. Terima Kasih atas iringan doa doa dari Kalian, semoga Allah SWT akan terus merahmati kita semua. InsyaAllah dengan kudrat yang masih tinggal ini saya akan terus memperjuangkan nasib orang orang teraniaya. Pinta saya supaya kalian semua dapat mendoakan supaya perjalanan yg berliku ini dapat di tempuhi. Amin,” tulis Farid Kamil.

Apa pun isi kandungan laporan polis terbaru Farid Kamil ini, ramai peminat masih tertanya tanya atas apa sebenarnya terjadi beberapa minggu lalu dan mahukan penjelasan sendiri dari mulut pelakon ini.

Sama sama kita nantikan. (rtky/m)