fbpx

Farid Kamil Dilapor Hilang Sebelum Insiden Tampar?

Sebagai adik ipar kepada pelakon, Datuk Farid Kamil, Yana Samsudin menerima dugaan yang menimpa mereka sekeluarga, biarpun pahit untuk dilalui. Jelas Yana, sehari sebelum kejadian tampar-menampar, keluarga cuba untuk menghubungi Farid tetapi gagal.

BACA: “Kalau Dia Pulangkan Gelaran Datuk, Lagi Baik”

“Farid masih ada di sini dan belum pulang ke kampungnya di Kedah. Namun apa-apa perkembangan mengenai beliau perlu ditanya kepada suami saya, Fadzil kerana dia yang menguruskan hal ini”

“Namun takdir Tuhan tiada siapa dapat menghalang ia daripada berlaku. Saya berharap kejadian tersebut dapat memberi pengajaran dan iktibar kepada semua orang,” kongsinya kepada Utusan Online.

Bagaimanapun Yana tidak mahu bercerita lanjut mengenai perkembangan terbaru Farid kerana suaminya, Fadzil Zahari yang banyak menguruskannya. Terdahulu Farid didakwa atas empat kesalahan, antaranya menampar anggota polis dan penggunaan dadah.

Kejadian itu turut mendapat perhatian Pemangku Sultan Pahang, Tengku Abdullah Sutan Ahmad Shah yang menganugerahkan gelaran ‘Datuk’ baru-baru ini. Terkesan dengan tindakan pelakon itu, baginda menerima baik jika Farid memulangkan gelaran tersebut. (rtky/w)