fbpx

Farid Kamil Beri Kebebasan Pada Diana Danielle Rancang Keluarga

Pelakon kacak, Farid Kamil yang ditemui bersempena dengan tayangan episod terakhir drama Jodoh Itu Milik Kita telah memberitahu bahawa soal untuk merancang atau menambah bilangan ahli keluarganya adalah terpulang sepenuhnya oleh isterinya, Diana Danielle.

“Saya tak boleh merancang benda-benda sebegini kerana ini merupakan anugerah dan rezeki daripada Allah. Terpulang kepada isteri saya sekiranya dia mahu untuk mendapatkan cahaya mata yang kedua saya tidak kisah dan saya lagi sukakan perkara itu. Secara jujurnya saya memberi kebebasan buatnya untuk ke arah itu, dan tiada paksaan dari saya,” katanya.

Sebelum ini, Farid Kamil pernah memberikan kenyataan kepada pihak media bahawa dia bakal mengadakan majlis khatam al-Quran isteri dan aqiqah buat puteranya tetapi sehingga sekarang masih belum dijalankan lagi majlis tersebut.

BACA: Farid Kamil Kini Sedia Berbaik, Pulihkan Hubungan Dengan Ibu Mertua

“Ya saya akan mengadakan majlis tersebut tetapi saya sekarang ini masih menunggu isteri saya yang sedang mempelajari Al-Quran dan ini mengambil masa supaya dia betul-betul mahir dalam pembacaannya dan selepas itu saya akan mengadakan kedua-dua majlis tersebut,” ujarnya.

Farid Kamil turut memberitahu bahawa dia tidak akan mengadakan kenduri cukur jambul kerana keluarganya tidak mengamalkan adat tersebut dan dia hanyalah mahu mengadakan majlis khatam Al-Quran dan Aqiqah puteranya itu.

“Saya tidak mengadakan majlis cukur jambul kerana keluarga saya tidak mengamalkan adat tersebut dan saya hanya akan mengadakan majlis khatam al-Quran dan aqiqah sahaja,” ujarnya.

Sementara itu, Farid akan mengarah kembali filemnya bersama MIG yang berjudul Bodyguard Dari Kedah atau Ops Cantas yang masih dalam pemilihan tajuk. Dia juga bakal berlakon buat pertama kali bersama Shaheizy Sam dalam filem yang berjudul Kitai. (rtky/hfz)