Hubungan Farid Kamil & ibu mertuanya sebelum ini sudah di’ketahui kurang baik sehingga ada persoalan di kalangan pemerhati sama ada perkahwinan beliau dengan Diana Danielle yang berlangsung tahun lalu mendapat restu yang sewajarnya.

BACA: Farid Kamil Kini Ada Masalah Dengan Ibu Mertua?


Farid Kamil dalam kenyataan terbaru berkata beliau kini telah bersedia untuk berbaik dengan ibu mertuanya itu dan kemelut hubungan yang tidak sihat ini akan berakhir tidak lama lagi.

Pelakon yang ditemui ketika majlis tayangan perdana filem Bencinta ini menambah yang beliau akan menjemput ibu mertuanya ke majlis aqiqah anak sulung mereka yang masih dirahsiakan bila tarikhnya dari media.

“Ya, pada majlis itu saya akan jemput ibu mertua saya dan saya memang nak berbaik dengan dia sebab hubungan silaturrahim antara kami perlu dieratkan semula”


“Saya juga akan memulihkan semula hubungan Diana dengan ibunya. Kira macam ada babak jejak kasih sikit lah nanti. Pada hari itu juga saya dan Diana akan mendedahkan nama penuh anak kami,” kata Farid Kamil lagi.