fbpx

Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.471)

VIDEO HARI INI: Nampak kelakar apabila rakyat di Norway terpaksa berjalan menempuh angin kuat tetapi kalau silap gaya, boleh melayang. In b4, kami di’sini semua gemuk pasti tidak ada masalah menentang arus angin.

Jika semalam kita lihat parti hari lahir Taylor Swift, hari ini Vanessa Hudgens tampil penuh glamor ketika meghadiri sambutan ulang tahun kelahiran beliau yang ke 25 bersama teman lelaki, Austin Butler yang diadakan di Hollywood. – Just Jared

Pelakon Peter O’Toole yang membintangi filem epik Lawrence of Arabia telah meninggalkan kita semua pada usia 81 tahun. RIP. – Sky News

Pengarah dan pelakon Hans Isaac mengakui kecewa dan bimbang dengan perkembangan industri seni tanah air yang hanya memberi perhatian kepada seseorang selebriti popular sahaja & fenomena ini boleh membunuh karier seseorang artis itu. – mStar Online

Filem arahan Peter Jackson & yang kedua dalam siri epik, The Hobbit: The Desolation of Smaug berjaya mengaut kutipan tiket sebanyak US$73.7 juta ketika pembukaan di Amerika Syarikat sahaja, baca ulasan kami tentang filem ini di’sini. – THR

Lagu yang dibawa oleh unit kecil SISTAR iaitu SISTAR19 berjudul Gone Not Around Any Longer telah berjaya menduduki tempat teratas dalam senarai Korea K-Pop Hot 100 untuk Best of 2013 yang dikeluarkan Billboard. – Soompi