Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.291)

VIDEO HARI INI: Oh yes, kami jadi tidak sabar untuk menunggu tibanya hari tayangan untuk filem ketiga Iron Man ini & trailer terbaru ini seperti janji yang ianya akan menjadi epik. Gwyneth Paltrow hanya dalam bra, ohh.

Walaupun melakukan tugas yang baik untuk Skyfall, Sam Mendes berkata yang beliau tidak akan kembali mengarahkan filem akan datang James Bond yang di’jadual untuk muncul beberapa tahun lagi. – Huff. Post

Senarai pencalonan untuk MTV Movie Awards 2013 telah keluar & seperti boleh di’jangka daripada demografi yang mengundi, filem Ted dan Django Unchained mendominasi dengan tujuh pencalonan. – Reuters

Nampaknya Kate Middleton seakan terlepas cakap baru baru ini dalam satu majlis sehingga menimbulkan spekulasi yang Duchess of Cambridge itu bakal melahirkan seorang puteri. – Us Magazine

Dalam satu temubual baru baru cialis tablets foreign ini ahli kumpulan FT Island, Lee Hong Ki mendedahkan yang beliau membelanjakan lebih US$45,000 untuk hiasan kuku sahaja sejak dua tahun yang lalu. Woah. – Soompi

Sempena meraikan ulang tahun pertama Astro Bella dan sebagai tanda penghargaan, Astro membuka saluran 133 secara percuma kepada semua pelanggan bermula 4 hingga 10 Mac ini. – Sinar Harian

×