fbpx

6 Harta Peninggalan Ashraf Sinclair Buat Bunga Citra Lestari & Noah

Mula mencipta nama sebagai aktor popular di Malaysia, kemudian melebarkan kerjaya seninya ke negara seberang iaitu Indonesia, pasti ramai tidak tahu Allahyarham Ashraf Sinclair juga turut terlibat dalam dunia perniagaan.

Ternyata hasil usaha kerasnya dalam dunia perniagaan selama ini mampu untuk meninggalkan sebilangan aset dan harta buat isteri, Bunga Citra Lestari (BCL) dan satu-satunya anak lelaki mereka, Noah Sinclair.

BACA:

1. Pelabur syarikat ‘Startup’

Mempunyai minat mendalam dalam perniagaan ‘startup’, Ashraf berani menggunakan dana peribadi untuk melabur di syarikat kosmetik Korea, Althea, dan juga servis penstriman video iaitu Iflix.

Menurut Asraf Sinclair, dia percaya bahawa industri kreatif di Indonesia akan berkembang dengan pesat namun ia memerlukan sokongan bagi menampun modal dan teknologi.

2. Sertai Ventura partner

Menerusi data yang diperoleh dari laman web startup crunchbase.com, nama Ashraf Sinclair juga turut tersenarai sebagai rakan kongsi Ventura dalam 500 startup sejak tahun 2017 lagi

Difahamkan, 500 startup telah melabur dalam beberapa syarikat start-up Indonesia seperti BukaLapak, Kudo, Brodo, Hijup, dan Kredivo.

3. Bulgogi Brothers

Selain menjadi pelabur dan perniagaan ‘startup’, Ashraf Sinclair juga mempunyai perniagaan lain bersama isterinya di dalam industri makanan iaitu restoran Bulgogi Brothers.

Restoran ini dibuka oleh BCL dan Ashraf Sinclair pada 2013 terletak di Lotte Shopping Avenue, Jakarta Selatan. Malah ia merupakan merupakan francais pertama restoran tersebut di Indonesia.

4. T.G.I. Friday

Allahyarham Ashraf Sinclair pernah menceritakan pengalamannya bekerja sebagai pelayan di sebuah restoran francais Amerika, T.G.I Friday’s. Siapa sangka daripada pekerja biasa, Ashraf Sinclair kemudiannya membuka satu cawangan restoran tersebut di daerah Kemang, Jakarta Selatan.

Ashraf Sinclair pernah berkata keinginannya untuk berniaga telah wujud sejak di kolej lagi. Ashraf mengatakan dia mahu memiliki perniagaan walaupun dia tidak tahu perniagaan apa yang ingin dibuka.

5. Pondok Sunda

Nampaknya perniagannya dalam industri makanan terus berkembang apabila Ashraf membuka satu lagi restoran yang diberi nama Pokok Sunda bertempat di Bandar Senayan Jl. Asia Afrika Jakarta Pusat.

Bunga pernah memberitahu bahawa dia sangat meminati makanan Sunda dan merealisasikan hasratnya untuk membuka sebuah restoran itu bersama dengan suami kesayangannya.

6. Crossfit Equator

Pasri ramai tahu bahawa Ashraf Sinclair merupakan penggemar aktiviti fizikal. Minat yang mendalam dalam bersukan, akhirnya Ashraf membuka sebuah pusat kecergasan diberi nama Crossfit Equator.

Crossfit merupakan salah satu sukan yang mula mendapat tempat di Indonesia. Latihan ini terkenal dengan aktiviti yang lasak, misalnya dalam satu sesi latihan, ia dapat merangkumi 100 pushup, 100 pullup, 100 situps dan 100 squat.

Difahamkan, sehari sebelum dia meninggal, petang itu Ashraf masih berlatih crossfit di pusat kecergasan yang tidak jauh dari rumahnya.