fbpx

Misha Omar Dan Firos Ezzwan Rossly Sah Suami Isteri

Dalam majlis akad nikah yang berlangsung di Hotel Renaissance, Kota Bahru pagi ini, Misha Omar atau nama sebenarnya Samihah Omar selamat bergelar isteri kepada juruterbang Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) Firos Ezzwan Rossly sekitar 9.30 pagi tadi.

Akad nikah itu disempurnakan oleh abang kepada Misha, Mohd Rose Omar dan disaksikan oleh Imam Mukim Chempaka iaitu Ahmad Kamil Mat.

Misha Omar menerima mas kahwin berupa seutas gelang emas manakala tiada wang hantaran disediakan dari pihak pengantin lelaki.

Pasangan pengantin baru Misha Omar dan Firos ketika ditemui mStar Online selepas selesai majlis berkata mereka bersyukur serta gembira apabila telah selamat disatukan sebagai suami isteri dan berharap semua peminat mendoakan kebahagian mereka sehingga ke akhir hayat.

Gambar Terima Kasih: Era FM, Adibah Noor & We Are The Joe Zakaria