fbpx

Bukan ingin mengimbau memori lampau, tetapi kami rindukan zaman nasyid dan lagu berunsur nasihat menjadi siulan anak anak muda di Malaysia.

Hafiz Hamidun merupakan salah seorang daripada anggota kumpulan UNIC yang juga mencipta fenomena sekitar tahun 2003 — kini muncul dengan sebuah album dengan idea segar.

Album berjudul Zikir Terapi Diri ini menampilkan 10 zikir zikir utama yang di’rakamkan dengan gaya tersendiri dan sesuai dengan kehendak jiwa anak muda Islam zaman hari ini.

Kami sukakan video muzik pertama dari album ini untuk zikir Lailaha Illallah yang kami kira cantik dari segi videografi dan susunan muzik itu sendiri. Hari ini sahaja sudah berapa kali kami tekan replay.

Berminat untuk dapatkan album penuh Zikir Terapi Diri hasil karya Hafiz Hamidun? Ia’nya boleh di’dapati dari di kedai-kedai buku agama di seluruh negara berserta outlet-outlet muzik di pasaraya-pasaraya seluruh Malaysia.