VIDEO HARI INI: Permainan video juga satu bentuk hiburan bukan? Lebih menghiburkan jika seseorang berusia 84 tahun mula bermain bersama, comel pun ada. Heh.

Selebriti yang bakal menimang cahayamata, Kristen Bell telah kemukakan satu saman terhadap sebuah bar kerana di’dakwa gagal memberikan pulangan atas pelaburan US$20,000 beliau. – The Wire


Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) bakal melancarkan kempen khas Sabtu ini dengan tujuan menghindarkan umat Islam dari menyambut Hari Valentine pada 14 Februari nanti. – Malaysian Insider

Pelakon Tasha Shilla menyuarakan rasa kurang senang beliau terhadap provokasi yang di’lakukan sesetengah pihak akan isu tidak tercalon dalam Anugerah Bintang Popular BH 2012. – mStar Online

Membawa pulang anugerah pada SAG Awards beberapa hari lalu, Anne Hathaway berkata yang beliau bertemu dengan ramai lelaki yang ‘salah’ sebelum berjodoh dengan suaminya, Adam Shulman. – People

Penyanyi Nurul Wahab berkata yang beliau dan suami, Eric Depp bakal berhijrah secara tetap ke kepulauan Bali serta membesarkan cahayamata mereka kelak di’sana. – Murai