Seminggu bergelar suami, penyanyi Syamel berkata hidupnya kini lebih bermakna mempunyai seorang isteri disisi untuk berkongsi suka duka bersama.

Syamel turut meluahkan rasa syukur dikurniakan seorang isteri yang sempurna seperti Ernie Zakri serta berdoa perkahwinan mereka kekal hingga ke akhir hayat.

BACA: Ernie Zakri, Syamel Sah Bergelar Suami Isteri

“Tiada apa yang lebih bermakna dengan adanya seseorang yang istimewa menemani kita 24 jam. Berkongsi segala kegembiraan, kedukaan dan kesedihan bersama.

“Saya beruntung dianugerahkan seorang isteri yang cukup sempurna di mata saya. Saya berdoa agar kesempurnaan itu saya nampak hingga ke akhir usia, sampai ke Jannah,” katanya.

Sementara itu, Ernie meluahkan rasa syukur doanya agar dipertemukan jodoh sebelum usia 30 tahun termakbul.

“Tak sangka sebenarnya saya dah bersuami pada umur 29 tahun, Allah dengar doa saya nak berkahwin sebelum 30 tahun. Alhamdulillah sepanjang seminggu, happy naw naw,” katanya.

Terdahulu, Ernie dan Syamel diijabkabulkan sebagai suami isteri pada 26 Mac lalu di Masjid Puncak Alam, Selangor.