fbpx

Ernie Zakri, Syamel Sah Bergelar Suami Isteri

Tahniah diucapkan kepada penyanyi Ernie Zakri yang selamat bergelar isteri kepada penyanyi, Syamel dengan sekali lafaz.

Majlis pernikahan mereka dilakukan secara tertutup dengan kehadiran ahli keluarga terdekat kedua-dua belah pihak sahaja dan amat mementingkan prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan kerajaan.

BACA: Ernie Zakri, Syamel Nikah Esok?

 

View this post on Instagram

 

A post shared by @erniezakri

Dalam majlis itu, Syamel memberikan lima dulang hantaran berbalas tujuh dari pihak Ernie. Manakala pada upacara membatalkan air sembahyang, Syamel memberikan seutas gelang tangan kepada isterinya dan wang hantaran dirahsiakan.

Terdahulu, Syamel atau nama sebenarnya Syameel Aqmal bin Mohd Fodzly, 28 dan Nur Ernie Shahirah binti Zakri, 29 telah mengikat tali pertunangan pada Ogos tahun lalu dan sepakat untuk melangsungkan pernikahan selepas AJL35 berlangsung.