Memuat naik status di Twitter mengenai minatnya terhadap kumpulan K-Pop BTS, perkongsian Ernie Zakri itu menjadi bualan ramai dan menimbulkan rasa kurang senang peminatnya yang bimbang jika penyanyi itu terpangaruh dan menjadi taasub dengan kumpulan tersebut.
Tidak mahu statusnya itu dihujani komen negatif, Ernie tampil menjelaskan perkara itu di Instagram. Ernie berkata tiada salahnya untuk meminati seseorang asalkan tidak terlalu taasub sehingga mengabaikan perintah agama.
BACA: Ernie Zakri Backup Nabila Razali, Lumrah Biasa ‘Terkucil’
“Minat tak salah. Yang salah apabila terlalu taksub sampai melalaikan, tak buat apa yg diperintahkan. Itu baru kita cakap tak boleh.
“Nak minat sesiapa, suka sesiapa itu takda apa yang salah pun. Ambil perkara yg baik-baik, apa yg mereka usahakan, hasil kerja mereka, itu semua yg saya ambil,” katanya.
Dalam pada itu, Ernie berkata dia mula meminati BTS itu selepas melihat sisi positif ahli kumpulan berkenaan dan bukan kerana rupa mereka semata-mata. Katanya lagi, berhentilah memandang ke arah negatif semata-mata.
“Bukan sebab tengok rupa, pandang la ke arah positif, Inshallah semua anda akan nampak positif. Tak habis habis nak ke arah yang tak elok. Islam tu indah. Jangan disusahkan dengan pemikiran yang bukan-bukan,” katanya.