fbpx

Ernie Zakri Backup Nabila Razali, Lumrah Biasa ‘Terkucil’

Baru-baru ini tular di media sosial video Nabila Razali yang terkucil ketika menyanyikan lagu Peluang Kedua secara langsung. Susulan kesilapannya itu, rata-rata netizen mempersoalkan kemampuan vokal penyanyi itu.

Tampil mempertahankan rakan artisnya itu, Ernie Zakri mengatakan apa yang berlaku pada Nabila itu adalah perkara biasa buat seorang penyanyi. Malah, dirinya juga pernah berdepan perkara sama dua tahun lalu.

BACA: Backup Nabila Razali, Netizen Ungkit Kesilapan Siti Nurhaliza

“Perkara macam ini adalah sesuatu yang normal bagi semua penyanyi bukan saja saya atau Nabila. Untuk semua penyanyi saya pasti semua pernah berlaku kesilapan atas pentas. Apa saja tak kisah dari sudut suara, lirik dan terjatuh. Ini orang panggil ‘accident on stage’.

“Cuma nasib saya dan Nabila apabila menyanyi dalam program siaran langsung. Orang menonton dan terus perkatakan.

“Mungkin ada juga pernah tercekik atau ‘accident on stage’, tapi persembahan luar dan bukan secara langsung di TV,” katanya kepada Harian Metro.

Dalam pada itu, Ernie berkata daripada memikirkan apa yang diperkatakan netizen lebih baik kita tidak mempedulikannya dan terus bangkit memberikan persembahan terbaik selepas ini.

“Dalam industri ini kita kena sentiasa positif dengan semua kawan-kawan artis. Saya sokong Nabila dan apa saja dia buat. Kesilapan boleh saja berlaku. Saya berasakan kalau warganet cakap apa pun, itu pilihan mereka.

“Saya tak boleh kata jangan kutuk dan hentam kami. Tidak boleh kerana mereka ada hak untuk perkatakan. Cuma sebagai penyanyi kami ditugaskan untuk menyanyi dan menyampaikan tanggungjawab. Macam kerja lain juga, mesti ada sedikit kesilapan. Kami juga manusia biasa.

“Tak bermaksud sebagai penyanyi tak boleh ada ‘kemalangan’ di pentas. Ia akan berlaku bila-bila masa saja. Cuma, kita kena belajar dari kesilapan. Itu saja,” katanya.

Terdahulu, Nabila tampil memohon maaf menerusi Instagramnya kerana gagal membawa lagu Peluang Kedua dengan baik dan menghampakan para peminat.