fbpx

Backup Nabila Razali, Netizen Ungkit Kesilapan Siti Nurhaliza

Bakat nyanyiannya tidak perlu dipertikaikan lagi, sudah hampir 25 tahun berada di dalam industri seni, tidak hairanlah Datuk Siti Nurhaliza digelar penyanyi nombor satu negara ini.

Sedang hangat diperkatakan mengenai Nabila Razali yang ‘terkucil’ ketika menyanyi secara langsung baru-baru ini, namun netizen yang meluahkan rasa geram sehingga mengungkit kesilapan vokal Siti Nurhaliza.

BACA: Sebak Nyanyian Live Terkucil, Nabila Razali Mohon Maaf

Seolah merasakan tidak adil Nabila Razali dikecam teruk, netizen berkenaan mengungkit kesilapan penyanyi nombor satu negara bagi membuktikan bahawa semua ada melakukan kesalahan semasa persembahan termasuklah penyanyi berpengalaman.

https://twitter.com/af_ernie/status/1266838343888719872

Bagaimanapun, tindakan netizen itu memakan diri apabila rata-rata netizen lain terus menyerangnya kerana berani membandingkan Siti Nurhaliza dengan Nabila Razali.

Kata netizen Siti Nurhaliza menyanyi sudah bertahun lamanya dan dan beratus nyanyian secara langsung tetapi terkucil sekali dimana ianya terjadi ketika umur 40 tahun jika dibandingkan dengan penyanyi lain.

 

Netizen berkata, Nabila terkucil ketika korus pertama dan rata-rata yang mendengar mengatakan awal-awal lagi nyanyiannya tidak sempurna.

Terdahulu, Nabila tampil memohon maaf menerusi Instagramnya kerana gagal membawa lagu Peluang Kedua dengan baik dan menghampakan para peminat.

Disamping itu, Nabila turut berjanji akan memperbaiki mutu persembahannya di masa akan datang dan berterima kasih kepada semua pihak yang memberi sokongan padanya.