fbpx

Erma Fatima Nekad Teruskan Penceraian

Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur Khamis lalu memerintahkan pengarah filem, Bade Azmi dan isterinya, Erma Fatima melantik jawatankuasa pendamai apabila kes perceraian mereka gagal diselesaikan.

BACA: “Saya Berkahwin Lagi Bukan Untuk Cerai” – Bade Hj. Azmi

Hakim Syarie, Shaiful Azli Jamaludin yang mengendalikan kes berkenaan membuat keputusan itu selepas Bade selaku defendan tidak bersetuju untuk menceraikan isterinya itu. Erma selaku plaintif kes tersebut bagaimanapun tetap ingin meneruskan perceraian berkenaan.

Kes berkenaan yang difailkan Erma pada awal Mei lalu dibuat mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Negeri Selangor 2003. Shaiful Azli menetapkan 7 Oktober depan untuk kedua-dua pihak membawa wakil lelaki dari kalangan keluarga atau pun kenalan terdekat bagi proses berkenaan.

Jelasnya lagi, peranan wakil tersebut adalah untuk cuba mencari jalan penyelesaian dan menyiasat sekiranya wujud shiqa’ (perbalahan berpanjangan) dalam rumah tangga mereka. Sebelum ini, Bade dan Erma bernikah pada 30 November 1990. (rtky/s)