fbpx

“Saya Berkahwin Lagi Bukan Untuk Cerai” – Bade Hj. Azmi

Menurut Bade Hj. Azmi yang sudah pun mendirikan rumah tangga selama 25 tahun bersama
Erma Fatima, dia berkahwin kali kedua bukanlah untuk bercerai malah dalam masa yang sama menyatakan bahawa dia tidak pernah melafazkan perkataan cerai itu.

BACA: Bade Tidak Tahu Erma Fatima Minta Cerai

“Saya tidak pernah melafazkan apa-apa pun, setuju nak bercerai jauh sekali. Seharusnya perkara ini dibawa berbincang. Saya bukannya budak kecil dan jenis suka melenting”

“Kepada dua-dua isteri, saya nak beritahu. Saya berkahwin bukan untuk bercerai. Namun, jika takdir menentukan salah seorang atau kedua-dua sekali bukan lagi jodoh saya, apa pun keadaan, bukan kuasa saya. Erma mahupun Aida tahu saya berkahwin bukan untuk bercerai,” jelasnya kepada Berita Harian dalam sisipan B*Pop semalam.

Bade dan Erma bernikah pada 30 November 1990. Mereka memiliki lima anak angkat, namun pada awal 2014, Bade telah berkahwin dengan wanita bernama Aida berasal dari Pahang. Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang anak lelaki hujung tahun lalu yang kini berusia enam bulan. (rtky/s)