Enggan Ulas Video Seksi, Nonny Nadirah Mohon Maaf
Sebelum ini hangat diperkatakan apabila pelakon Nonny Nadirah memuat naik foto wanita seksi memakai seluar pendek dengan stokin jarang.
Kemudian, Nonny dilihat memuat naik video berendam di dalam sebuah tong air, sekaligus menimbulkan spekulasi di kalangan netizen yang tertanya-tanya apa terjadi kepada pelakon itu.
BACA: Nonny Nadirah Berkemban, Mila Jirin Dah Tak Nak Tegur
Bagaimanapun, pagi tadi Nonny dilihat ada memuat naik satu perkongsian di Insta Story tampil memohon maaf di atas segala kesalahan yang pernah dilakukan.
Mengakui merindui semua pihak, Nonny memohon maaf di atas segala kesalahan sempena bulan Ramadan serta meminta mendoakan yang terbaik untuk dirinya.
“Saya Nonny Nadirah ingin memohon maaf di atas segala salah dan silap yang terang mahupun tersembunyi. Doakan yang terbaik untuk saya.
“Saya sayang semua kerana Allah. Keluarga, sahabat dan peminat, maaf dan terima kasih untuk segala-galanya,”
Enggan mengulas mengenai isu terpalit dirinya sebelum ini, Nonny menjelaskan segala keburukan datang daripadanya dan setiap manusia melalui ujian berbeza.
“Mana yang baik, ambil kerana semua itu datangnya daripada Allah, yang tak elok itu daripada saya.
“Setiap individu itu melalui fasa ujian yang berlainan. Apapun yang korang cakap saya terima dengan hati yang terbuka. Saya sayang semua dan selamat berpuasa,” katanya lagi.
You will be ok sis. Jangan terlalu ikut kata hati :(
Kau pilih jalan hidup mcm ni. Sdgkan kau ramai kwn retis yg sntiasa bersama. Sooo.
fitrah
kita xtau ape ujian untuk dia… jgn comment yg x berasas..
Life too empty be like
Semoga kita kuat dalam perjuangan melawan nafsu dan godaan dunia my fellow Muslims. Ada benda yang kita tak faham walaupun sedalam mana kita selami dan fikir. Kita tak akan menang bercakap dengan orang yang bodoh. Bersabar ya pejuang sekalian. Insyaallah ganjaran indah di sana.
I maafkan u yer… Jangan buat lagi yer perangai terbuang tebiat tu… I lap u too okey ingat tau. I masih solo lagi BTW.
Nonny menari seksi di dlm kereta mcm ikram dinzly. Liuk lentuk mcm sama ja… Uhuk, uhuk…
semoga dpt jodoh yg baik2 ye..