fbpx

Nonny Nadirah Berkemban, Mila Jirin Dah Tak Nak Tegur

Belum lagi reda dengan kontroversi berpakaian seksi, pelakon Nonny Nadirah sekaligus menjadi bualan apabila memuat naik foto berendam di dalam besen air sambil berkemban.

Apa yang pasti, rakan baiknya penyanyi Mila Jirin kecewa dengan apa yang dilakukan oleh Nonny sehingga meluahkan rasa sedih di Instagram.

BACA: Nonny Nadirah Berkemban, Berendam Dalam Besen Pula

Mila berkata dia tidak mahu lagi menegur rakannya itu dan hanya mampu berdoa semoga Allah menjentik hati Nonny untuk kembali je landasan yang betul.

Kata Mila lagi, jika benar rakannya hanya perlukan perhatian bukan begini caranya kerana hanya akan dapat nikmat di dunia tetapi tidak di akhirat.

“Aku tak BODOH nak tegur tanpa betul betul lakukan apa yang perlu di lakukan sebagai sahabat! Takkan lah bodoh aku tak whatsapp…tak call…tak direct bercakap…Kau JANJI kat aku tapi???”

“Sebelum aku cakap secara PUBLIC. Ada SEBAB aku LOUD!! Aku tak perlukan PUBLISITI pun seperti mana orang dok kutuk aku.. Aku telan orang maki hamun aku…Aku telan orang kutuk aku asalkan AKU DAPAT BAGITAU PADA 1 DUNIA NI YANG KAU TU ANAK YANG BAIK! SAHABAT YANG BAIK!,” katanya lagi.

Kecewa dengan apa yang dilakukan oleh Nonny, Mila berkata mungkin selama ini dia sahaja yang menganggap Nonny sebagai sahabat namun tidak bagi pelakon itu.