fbpx

Elyana Keguguran Anak Kedua

Takziah diucapkan buat penyanyi Elyana yang keguguran anak keduanya yang dikandung itu baru sahaja memasuki minggu ke tujuh. Perkara tersebut dikongsikan sendiri oleh Elyana di laman Instagram.

Rumah Terbuka Kardinal ‘IllumiRaya’ Membawa Transformasi Untuk Komuniti Kreatif Lokal!

Bila sebut Kardinal mesti korang ingat mengenai rokok alternative kan? Kardinal kini ingin menjadi salah satu brand yang menawarkan penyelesaian untuk membantu perokok tegar berhenti merokok. Bertempat di Boathouse By The Lake, Ampang Jaya pada...

Baca Lagi

BACA: Suami Paksa Elyana Kembali Berlakon, Menyanyi

“Ya betul, terima kasih. Tolong doakan yang baik-baik untuk keluarga saya,” tulis Elyana kepada Media Hiburan Online selain memohon orang ramai mendoakan yang terbaik buatnya.

Elyana telah mendirikan rumah tangga bersama Khairul Anuar Hussin pada 19 November 2010 dan telah dikurniakan seorang anak perempuan yang comel iaitu Cinta Sumayyah pada 27 Ogos 2011.

Apa pun, semoga Elyana tabah dalam mengharungi dugaan yang mendatang malah peminat dan juga pastinya akan sentiasa menyokong serta mendoakan agar keluarga ini akan terus tabah. (rtky/s)