fbpx

Elizad Mulakan Suntikan Pertama IVF, Suami Belajar Cara Suntik Di Rumah

Sekian lama merancang untuk melakukan rawatan kesuburan In vitro fertilisation (IVF) setelah beberapa kali tertangguh kerana urusan kerja akhirnya Siti Elizad menjalani suntikan pertama untuk rawatan tersebut.

“Bestie, Jom Road Trip Layan Tempat Makan Paling Satu Malaysia!”

Perasan atau tidak selama kita semua menjadi rakyat Malaysia, ada satu perkara yang tidak boleh dinafikan yang kita semua memang suka makan. Tidak keterlaluan jika dikatakan kita mampu bersatu kerana makanan. Perkara ini terlalu jelas...

Baca Lagi

Menerusi perkongsian di Instagram, Elizad berkata doktor turut mengajar suaminya Shamsul Baharin Rahman cara memberi suntikan di bahagian perut yang perlu dilakukan di rumah.

BACA: Siti Elizad Mulakan Rawatan IVF, Mohon Urusan Dipermudahkan

https://www.instagram.com/p/CGByMU6Bk_L/?utm_source=ig_embed

“Bismillahhirrahmanirrahim . Hari pertama suntikan untuk IVF. Hari ni check darah. Sambil tu doktor dan dan nurse ajar suami cara nak suntik dekat bahagian perut.

“Jadi hari ni hari pertama kami. Dah mula proses cucuk-cucuk sendiri dekat rumah sendiri, doakan kami ya,” tulisnya.

Dalam entri tersebut, Elizad berkata bukan mudah untuk mendapatkan anak apabila perlu melalui pelbagai proses. Ujarnya, dua memuat naik video dan gambar proses rawatan supaya anaknya menyedari betapa sukarnya proses mendapat cahaya mata.

“Susahnya nak dapat awak ni anak . Harap awak tengok lah video dan gambar-gambar macam mana ’struggle’ saya nak dapatkan ‘awak’. Ya Allah perkenankan lah doa ku yang satu ni , juga buat mereka yg senasib dengan saya,” luahnya.

Terdahulu, Elizad mendedahkan dia  mengambil keputusan untuk melalui proses IVF selepas 5 tahun mencuba mendapatkan zuriat. Elizad dan suami, Shamsul Baharin Rahman sudah mendirikan rumah tangga pada 2015.