Siti Elizad Mulakan Rawatan IVF, Mohon Urusan Dipermudahkan
Seperti semua sedia maklum, pelakon dan pengacara Siti Elizad berharap agar dikurniakan cahaya mata tahun ini. Selepas hampir 5 tahun mendirikan rumah tangga, Elizad dan suami mahu melakukan rawatan IVF.
Terbaru, Elizad mendedahkan dia sudah menjalani rawatan In vitro fertilisation (IVF) untuk sesi pertama. Menerusi Instagram, Elizad turut berkongsikan gambar memaparkan momen ketika dia menjalani rawatan berkenaan.
BACA: Siti Elizad Tunda Rawatan IVF, Mahu Habiskan Shooting Drama
Elizad memberitahu doktor menasihatinya untuk tidak melakukan aktiviti lasak termasuklah aktiviti bermotosikal selepas 2 minggu sesi pertama rawatan IVF tersebut.
“Bismillahirahmanirrahim. Kembali untuk menjalani rawatan IVF. Ini baru sesi pertama. Selepas dua minggu lagi, doktor pesan tiada lagi vroom vroom (motosikal) dan aktiviti lasak. Doakan kami ya.
“Jadi dua minggu dari sekarang masih boleh jalan-jalan, naik motosikal cuti sana-sini lagi. Lepas ini kena simpan motor buat perhiasan,” katanya.
Diruangan komen, rata-rata rakan artis dan peminat pelakon itu mendoakan agar urasannya dipermudahkan serta diberi rezeki untuk menimang cahaya mata.
Untuk rekod, Elizad mendirikan rumah tangga dengan duda dua anak, Shamsul Baharin Rahman pada 11 Januari 2015.
Morgan dikurniakan rezeki sis
Semoga usaha ini berjaya dan memperolej zuriat.. ivf ni mudah sket dpt kembaq
Moga dapat kembar teros..lagi best dpt sepasang..semoga Allah SWT murahkan rezeki..
Semoga di kurniakan rezeki cahayamata secepat nya.. di permudahkan segala urusan Allah Swt.. aminn..
doa hang dapat triplet. penat jaga kembag tiga tp percayalah indah sgt moment sementara budak budak nak besar. enjoy the journey
JANGAN 2 MINGGU TP SEHINGGA KANDUNGAN BETUL2 MENJADI..SBB KITA TAK TAHU RAHIM KITA KUAT KA DAK