fbpx

Elizabeth Tan Tidak Perlukan Kontroversi Untuk Kekal

Kontroversi yang melanda pelantun lagu Knock Knock, Elizabeth Tan baru-baru ini membuatkan namanya menjadi trending buat seketika. Bagaimanapun kontroversi ini membuatkan dirinya terkejut seketika dan tidak menyangkakan sama sekali akan berlaku kepada dirinya.

Jelasnya lagi, secara jujurnya dia mengakui tidak perlu melibatkan gosip untuk menaikkan nama seseorang artis itu sebaliknya terus berkarya dengan cemerlang supaya nama sentiasa disebut-sebut oleh peminat.

BACA: Elizabeth Tan Akui Takut Untuk Dekati Mana Mana Lelaki

“Tidak perlu untuk melibatkan gosip untuk kekal lama dalam industri dan saya sendiri memang tidak sukakan gosip. Perkara yang melanda saya sebelum ini ialah paling teruk dan saya ada bercakap dengan Adira mengenai hal itu”

“Sememangnya saya tidak bersalah. Hubungan saya dan Adira pun baik,” katanya yang akan cuba untuk mengelakkan daripada terjerumus dalam kontroversi di masa akan datang.

Dia juga memberitahu ada segelintir pihak yang cuba menjalinkan hubungan cinta dengan dirinya, akan tetapi dia menolak secara baik dan lebih selesa untuk menjadi seorang yang profesional.

“Ada yang cuba tetapi saya tidak layan dan hanya lebih suka untuk bercakap mengenai soal kerja sahaja. Banyak perkara yang perlu saya kejar sebelum berfikir mengenai perkara tersebut,” ujar Elizabeth Tan lagi yang buat pertama kalinya berlakon dalam filem berjudul Usop Wilcha Meghonjang Makhluk Muzium yang bermula pada 3 September ini. (rtky/h)