fbpx

Elizabeth Tan Akui Takut Untuk Dekati Mana Mana Lelaki

Setelah terpalit dengan kontroversi berkaitan lelaki baru-baru ini, Elizabeth Tan menjelaskan dia mula berasa takut untuk terlalu mesra dengan mana-mana lelaki yang terlibat dalam arena seni tanah air.

BACA: Elizabeth Tan Elak Dari Baca Komen Di Internet

“Sudah tentu saya rasa takut untuk rapat dengan mana-mana lelaki terutama orang dalam industri, saya tidak mahu dikaitkan lagi dan menjadi mangsa gosip”

“Kalau ada yang ingin berkenalan atau cuba hantar mesej, saya hanya jawab ringkas seperti “ok” atau “lol” atau tidak jawab langsung bagi mengelakkan perbualan tersebut berlanjutan,” katanya kepada mStar Online.

Elizabeth sebelum ini pernah dikaitkan dengan bekas tunang Adira, Shahrul Nasrun sehingga dikatakan menjadi punca keretakan hubungan pasangan tersebut sebelum ini. Bagaimanapun Adira sendiri mengakui sendiri bahawa Elizabeth tidak bersalah di dalam perkara itu.

Selain itu, penyanyi ini turut digosipkan bercinta dengan bekas suami pelakon Nabila Huda iaitu Eddie daripada kumpulan Tiga Swagger. Eddie juga turut menafikan perkara berkenaan. Apa yang penting, peminat sentiasa memberi sokongan kepada Elizabeth dalam meneruskan kerjayanya. (rtky/s)