Elizabeth Tan Elak Baca Komen Negatif Peminat Di Laman Sosial
Tidak habis-habis terpalit dengan kontroversi yang tidak benar mengenai dirinya, perkara tersebut dalam masa yang sama membuatkan penyanyi Elizabeth Tan takut untuk melayari laman sosial.
BACA: Elizabeth Tan Nafi Jadi Punca Adira Putus Tunang
“Sekarang saya takut nak buka Instagram, Twitter atau Facebook sebab saya tak mahu baca komen negatif dari peminat. Saya tak mahu terganggu dengan komen-komen tersebut,” kata Elizabeth kepada Tonton Extra.
Menurut Elizabeth, dengan membaca dan melayan perkara tersebut, ia sekadar menambah perasaan marah dan sedihnya lebih-lebih lagi apabila dilemparkan kata-kata negatif oleh pengikutnya sendiri di sosial media.
“Saya marah dan sedih sebab saya ingat kalau saya tak buat benda-benda tak senonoh, tak buat salah atau sebagainya, orang tak akan bercakap buruk tentang saya. Lagipun mungkin ada antara mereka yang baru mengenali saya menerusi cerita-cerita kontroversi ini”
“Saya sedih sebab first impression mereka terhadap saya adalah perkara yang kurang baik,” jelas penyanyi ini sambil memberitahu bahawa Adira telah bersetuju mengatakan Elizabeth berada di pihak yang benar mengenai kontroversi yang melanda mereka sebelum ini. (rtky/s)
bila dah jadi artis kena la hadap segala bentuk komen dari peminat hihiks
Klu tkut arus dan ombak..jgn ke laut.
Klu tkut gyat jgn ke klcc atau mnra KL
Klu tkut publisiti jgn jd retis.ada pham kaa ah mooiii???
Sbb tkat ni ko dh brjya mncairkn llki shingga brgetar tulang rsuk…kuang..kuang.
Tapi si syahrul tu dah ngaku2 yg amoi ni awek dia skarang.
XDE NYE AMOI NI AWEK DIA…
AMOI NI AWEK ORG LAIN…X TAU CITER SENYAP JE.