fbpx

Elfira Loy: Terima Kasih Kerana Doakan Kebahagiaan Kami

Tidak mahu membiarkan peminat terus tertanya-tanya mengenai status hubungannya bersama Baim Wong, Elfira Loy mengakui dia dan juga jejaka yang selalu dikaitkan bersamanya itu hanyalah sekadar kawan.

BACA: Elfira Loy Buka Bisnes Kerana Baim Wong?

“Saya tidak pernah bosan ditanya perkara sama. Cuma tak seronok saya jawab tidak, sedangkan mereka mahu jawapan ya,” jawab Elfira yang mengetahui rata-rata peminatnya mahu mereka bersatu sebagai pasangan suami isteri.

“Terima kasih kerana mendoakan kebahagiaan kami. Namun ingin saya tegaskan, kami hanya kawan. Kami tidak pernah ada hubungan istimewa seperti yang yang diperkatakan. Dari dulu kami saling menjaga hati dan perasaan kerana masing-masing tidak tahu ada jodoh atau tidak.

“Kami tak tahu sama ada mahu jawab ya atau tidak,” jelas Elfira kepada Harian Metro. Janganlah risau Elfira, bila sampai waktunya nanti, akan tiba juga rasa cinta itu walau mungkin bukan pada Baim. Eh. (rtky/s)