fbpx

Elfira Loy Buka Bisnes Kerana Baim Wong?

Sudah lama tidak mendengar khabar pelakon Elfira Loy yang kini sedang gigih menghabiskan pengajiannya di tahun akhir. Bagaimanapun dia masih sibuk memenuhi undangan pengacaraan, dan kini dalam proses bergelar usahawan apabila mahu membuka cafe’nya sendiri tidak lama lagi.

“Saya akan buka cafe di kediaman saya iaitu di Cheras kerana saya rasakan di situ hanya ada PappaRich sahaja. Cafe saya akan beroperasi pada bulan Ramadan ini dan pelancaran rasmi akan dilakukan selepas raya,” katanya yang ditemui semasa majlis Syukur Selalu TV3 kelmarin.

BACA: Baim Wong & Elfira Loy Kini Sudah Putus Cinta?

Dalam pada itu, Elfira Loy turut memberitahu rakan baiknya, aktor Indonesia Baim Wong banyak memberikan motivasi, penerangan serta kata-kata perangsang untuknya berjaya dalam bidang F&B kerana Baim mempunyai sebanyak 3 buah cafe di Indonesia.

Sekiranya diberikan masa yang lapang dan sesuai Elfira mahukan Baim datang ke Malaysia untuk bersama-samanya merasmikan cafe’nya tidak lama lagi.

“Kalau boleh masa pelancaran memang nak jemput dia datang kerana saya ada menggunakan salah satu resepi ‘butter’ dia. Sebelum ini dia sudah mempunyai pengalaman dalam bidang ini dan sudah mempunyai 3 cafe di Indonesia dan dia banyak tolong dari segi macam mana mahu memulakan perniagaan ini. Dia kata bukan senang dan benda itulah saya nak buat. Selain itu dia juga banyak berkomunikasi dengan ibu saya,” tambahnya.

Sementara itu, Elfira menjelaskan bahawa dia masih lagi dalam fasa berkenalan bersama aktor Baim Wong dan tidak pernah terfikir untuk melanjutkan hubungan itu di tahap yang serius. Bagi mereka masih banyak lagi perkara yang harus dikejar terlebih dahulu.

“Saya dengan dia masih lagi berkawan seperti biasa dan tidak mempunyai hubungan istimewa seperti yang disangkakan ramai,” tambahnya lagi. (rtky/h)