fbpx

Eizlan Yusof Gembira Isteri Sudah Tahu Mengerjakan Solat Dengan Baik

Hampir lima bulan mendirikan rumah tangga, Datuk Seri Eizlan Yusof meluahkan rasa gembira isterinya, Datin Seri Natasha Rosa semakin mendalami agama Islam. Malah, Eizlan berkata isterinya sudah tahu mengerjakan solat dengan baik.

Menurut Eizlan, isterinya sangat rajin untuk mengambil tahu tentang agama dan selepas ini akan memasuki kelas agama untuk mendalami lebih mendalam lagi. Eizlan berkata tahun ini sangat bermakna kerana tidak lagi menyambut Ramadan sendirian.

BACA: Eizlan Yusof Sanding 4 Hari Berturut-Turut Dengan Kos RM1 Juta

“Selain itu, dia juga dah pandai menghafal beberapa doa dan zikir-zikir mudah. Seperkara lagi, dia rajin ambil tahu dan nak tahu mengenai islam dan saya pula kongsi ilmu setakat yang tahu.

“Insya-Allah selepas ini dia akan masuk kelas agama untuk mendalami ilmu lebih mendalam lagi.

“Tentunya saya gembira dapat menjalani puasa bersama isteri serta bakal meraikan Aidilfitri dengannya buat kali pertama. Tahun ini amat bermakna kerana selama beberapa tahun saya beraya seorang diri, tapi sekarang dapat raya berdua,” katanya.

Eizlan berkata meskipun isterinya itu memeluk Islam pada Ogos tahun lalu namun dia pernah berpuasa sebelum ini dan tiada masalah untuk menunaikan ibadah tersebut.

Terdahulu, Eizlan pernah berkahwin dengan Vie Shantie Khan pada 2007 dan mereka dikurniakan tiga anak sebelum bercerai pada Februari 2015.