fbpx

Eizlan Yusof Sanding 4 Hari Berturut-Turut Dengan Kos RM1 Juta

Tahniah diucapkan kepada Datuk Seri Eizlan Yusof yang selamat bergelar suami kepada suri hati pilihannya, Natasha Rosa dengan sekali lafaz di dalam majlis penuh istiadat di The Glass Suite, Boraombak, Marina Putrajaya, semalam.

Isterinya, Natasha yang berketurunan Serani telah lama memeluk Islam iaitu pada Ogos tahun lalu. Pada majlis akad nikah itu, Eizlan telah menyerahkan mas kahwin sebanyak RM80 dan sebentuk cincin berlian serta wang hantaran berjumlah RM12,121,90.

BACA: Eizlan Yusof Sah Bergelar Suami Kepada Natasha Rosa

Difahamkan hari ini berlangsungnya majlis resepsi pasangan tersebut yang diadakan di lokasi yang sama. Eizlan dan isteri bakal diberikan penghormatan istiadat penuh APM seperti perakakan ‘sword bearer’ dan barisan pegawai berserta pancaragam.

Majlis perkahwinan pasangan ini akan diadakan selama empat hari berturut-turut dan menelan kos lebih RM1 juta.