fbpx

Eina Azman Dan Suami Tidak Mahu Mewahkan Anak

Biarpun bakal menyambut cahaya mata hasil perkongsian hidup bersama suaminya yang juga merupakan seorang ahli perniagaan, pelakon Eina Azman menjelaskan bahawa anaknya nanti akan dibesarkan dalam keadaan serba sederhana.

BACA: Ahli Politik Nafi Dakwaan Cuba Rogol Eina Azman

“Suami saya sangat tegas dalam hal ini, jadi dia juga sudah beritahu yang anak kami tidak akan dibesarkan dalam kemewahan. Bagi saya manjakan anak boleh, tetapi dalam bab ini saya perlu yakin dengan didikan suami terhadap anak-anak kami kelak,” jelasnya kepada Utusan Malaysia.

Sementara itu, buat ketika ini, Eina enggan mendedahkan jantina anaknya walaupun sudah ada nama yang mereka pilih.

“Jantina dan nama saya rahsiakan dahulu, bukan apa saya lebih senang begitu. Tunggu sahaja tidak lama lagi pun,” katanya yang bakal mengupah pembantu rumah bagi mengemas rumahnya selepas bersalin nanti. (rtky/s)