fbpx

Ahli Politik Nafi Dakwaan Cuba Rogol Eina Azman

Dengan bercambahnya saluran media di internet yang bertujuan politik sejak akhir akhir ini, pelbagai berita kurang enak disebarkan semata mata untuk memburukkan pihak lawan — kedua dua belah pun sama sahaja kalau soal menyerang pihak lawan.

Terbaru, ada satu laporan di internet menyebut Ketua Bahagian UMNO Sungai Besar, Datuk Jamal Md Yunos membuat ugutan untuk merogol pelakon dan juga selebriti, Eina Azman.

Dalam kenyataan kepada The Rakyat Post hari ini, Datuk Jamal Md Yunos tidak menafikan yang beliau kenal dan pernah berjumpa dengan Eina Azman kerana salah satu cabang perniagaan beliau adalah dalam dunia hiburan.

“Saya kenal dia (Eina Azman) dan ramai lagi artis yang saya pernah jumpa. Namun saya tidak nampak kenyataan itu keluar dari mulut dia sendiri. Ianya dikeluarkan oleh pihak lain yang ingin mengaitkan saya”

“Saya menafikan semua dakwaan yang mengaitkan saya dengan Eina Azman — saya membuat laporan polis ke atas semua dakwaan dan fitnah di laman sosial yang tidak berasas,” katanya yang ditemui media di Balai Polis Ampang Jaya. (rtky/m)