fbpx

DSV Gelar Juri ‘Old School’, Tak Pandai Pilih Lagu Masuk AJL35

Dua belas lagu yang layak ke Anugerah Juara Lagu ke-35 sudah pun diumumkan selepas berakhirnya hari ketiga separuh akhir Muzik Muzik 35, namun ramai yang tidak berpuas hati serta mempertikai keputusan juri.

Perkara itu turut mendapat perhatian usahawan kosmetik, Datuk Seri Vida yang mempersoalkan kredibiliti juri. Ujarnya ada lagu yang dipilih tidak memenuhi kriteria kerana tidak popular dan hanya mengikut kehendak juri semata-mata.

BACA: Hattan Bengang Tak Puas Hati Dengan Juri AJL?

“Keputusan lagu bertanding di AJL kita dah dapat, lagu yang sedap dimana kau letakkan wahai juri. Lagu yang sedap juta-juta tonanan tak bawa ke AJL, lagu macam mana awak nak.

“Saya nak tahu bagaimana penjurian lagu-lagu ke AJL, saya sebagai mantan penaja nak tahu macam mana juri pilih lagu, apa benchmark pemilihan?

“Kriteria lagu popular juga kena ambil kira, jangan sedap telinga awak saja, kena ada media sosial supaya dengar apa netizen nak supaya industri berkembang dengan karya lebih segar,” katanya.

Dalam pada itu, DSV tutur meluahkan rasa kesal kerana stesen TV masih lagi memilih juri yang sama untuk mengadili lagu-lagu tersebut serta menggelar para juri ‘old school’.

“Lagu sedap tak masuk tapi yang sendu boleh, saya rasa juri ada masalah, old school, tak tahu nak angkat karya anak muda. Sedap di telinga juri tapi view 5,000 orang saja.

“Juri muka sama, kesilapan sama setiap tahun, patut angkat lagu orang suka, ini kamu angkat yang kamu suka bukan peminat yang berjuta. Nanti orang tak nak tengok AJL, juri sajalah tengok,” katanya