Hattan Bengang Tak Puas Hati Dengan Juri AJL?
Dua Belas lagu yang layak ke Anugerah Juara Lagu ke-35 sudah pun diumumkan selepas berakhirnya hari ketiga separuh akhir Muzik Muzik 35 semalam, namun ramai yang tidak berpuas hati serta mempertikai keputusan juri.
Antara yang mampersoalkan keputusan tersebut adalah penyanyi, Hattan yang memuat naik status di Facebook miliknya yang tidak berpuas hati mengapa tiada satu pun lagu penyabyi dan pencipta lagu muda iaitu Yonnyboii layak ke AJL35.
BACA: “AJL Pertandingan Untuk Lagu, Bukan Pertandingan Nyanyian”
Berikutan Azmeer selaku ketua juri menyatakan lagu Yonnyboii dan Zynakal tidak terpilih kerana bersifat popular dan tidak memenuhi kriteria untuk layak ke AJL, Hattan mengatakan alasan tersebut sangat kelakar.
Dalam pada itu, rata-rata pengikutnya bersetuju dengan Hattan yang menyifatkan AJL tidak maju kehadapan kerana juri juga dikalangan orang yang sama sahaja setiap tahun.
Sementara itu, memetik laporan Harian Metro, Hattan akui kecewa dengan pemilihan senarai lagu AJL35 meminta barisan juri Separuh Akhir Muzik Muzik 35 (SFMM35) berfikir di luar kotak dalam penjurian mereka.
Ujarnya, semua orang kini berada dalam dunia baharu dan perlu mengetahui berkenaan revolusi muzik yang berlaku di seluruh dunia. Katanya lagi, ini bukan lagi zaman menyanyi lagu nada tinggi atau rendah.
“Azmeer kata ada lagu yang tak sesuai untuk pertandingan. Kalau dah dikategorikan begitu, tak payahlah bagi lagu ini masuk bertanding dari awal.
“Banyak perkara baharu berlaku dalam muzik sekarang. Malah anak saya sendiri, Adam kata masa saya sudah berakhir. Saya pun mengakui kata-katanya. Kita kenalah hormat.
“Macam lagu Yonnyboii, penjiwaan yang hebat menerusi lagu Sakit wajar dihormati. Sekarang bukan lagi zaman menyanyi lagu nada tinggi atau rendah. Saya amat terkejut apabila Sakit gagal ke AJL35 kerana masih ada juri berfikiran cara lama. Kenalah bagi ruang untuk bakat baharu berkarya,” katanya.
- SUMBER
- Cari Forum
Buang jer la juri2 era dinasor Azmeer dan Ajai semua tu la TV3 pon. Brand AJL dah rosak teroks gara2 mereka ni. X phm2 lgi ke?
Lagu Sembah, bunyi gitar buat vokal Naim Daniel tenggelam.. Lagu Aku Bidadari Syurgamu, vokal Aisyah tak penting tapi melodi tu penting.. lol
Hahaha, dia Azmeer sedar tak apa alasan dia bagi tu dh pmcm org mabok ketom .. nmpk sgt K E L E N T O N G !
juri isap syabu kot telinga aku dengar lain, telinga diaorg lain.. last2 hael top 3 ha ha
AJL dh sepatutnya pangil juri lain pulak jgn asyik juri yg sama je buat pemilihan lagu yg layak..comeonlh AJL ramai lg yg berkaliber menjadi juri!!!
Stuju! Azmeer ketua juri per korg harapkn!!?Bidadari Syurgamu tu zaman Purnama Merindu mcm lgu dia buat la..dah lma berlalu pon zmn 90an-2000.. mmg makanan dia lah tu! Lagu kg.com cmtu dh boleh masuk bakul la pak cik.
Antara penemuan fosil negara yg masih xpupus dan akan kekal mendominasi pentas Azmeer Juara Lagu (AJL)sepanjang telinga xpekak kau buat lagu joget kepik batu pun azmeer tetap pilih janji go to haeL
Stesen TV Kroni..la katakan @ teman setia Azmeer, Hael dan Ajai.
Meluat nk tgok, patut industri muzik tanah air tak maju!
AJL —-> demi kroni tv3
Innalillahiwainnailaihirojiun AJL
Nyanyi pakai t-shirt dok atas kerusi santai².. Low note x dengar… Layak.. Kawan tu nyanyi kemain bg effort, lirik pun mantap suara power x dapat.. Apooo…
Selagi juri muka sama dan ketua juri pun tak tukar2. Korang tau laa pattern/corak lagu mana yg akan menang. Tak yah final pun takpaa
Jika nabila razali nyanyi lagu Aku bidadari mu pun boleh menang kot. X perlu guna legend mcm kak esah. Juri hanya menjuri lagu lirik dan melodi. Bkn suara atau kemerduan penyanyi. Logik?
Lagu telah dipilih sebelum bertanding. Kesian yg nyanyi sungguh ².. Yg nyanyi mcm nak terberak atas kerusi jugak terpilih…
Teori:
Strategi kejar rating.
Buang lagu yg popular.
Netizen bising.
Jadi trending di media sosial.
Netizen ckp x nak tgk boikot tapi MCO ni ape korang nak buat selain ngadap tv?
Mission accomplished.
Netizen la kne goreng. Bahahaha
Kalau bukan lagu hael menang. Hael yg menang. Kalau bukan hael yang menang, lagu hael yg menang. Propa sgt la weh… nkpk tak lagi anugerah kroni?!!!!
Senarai pemenang dh de dh sbnrnya.. Juara hael,naib juara hael,ke3 hael. Ni kn anugerah lgu2 hael. Huhu
Azmeer—-> Ajai——> Hael …
Pftt sampai Bang Jamil mampooossss!!!!!
Hahha.. Jagan komen lebih nanti kena sound kau tahu tak kosep ajl.. Bukan dinilai dari pesembahan dia dinilai darp kualiti lagu tu.. Jawapan aku betul la klu pesembahan tu tak penting suaranya sedap atau tak tu tak penting baik kau tak yah. Buat pertandingan.. Terus je umumkan lagu terbaik.. Tak yah la buat penat artis nak fikir persembahan dan nyaian abis cerita lol
Kalau hael nyanyi lagu sembah, mungkin lagu tu layak ke final… Ahaks!
Aku hairan tv3suku nie
Hampir semua juri anugerah mesti ada azmeer ajai…tv3suku…game bola pun tukar2 pengadil la cibai…stesen tv paling bangang dlm dunia
Buang saja ajl.tak siapayg.tengok lagi.dah jadi dinosoaur…..
Dinosoaur ajl
Dulu ada pertandingan pujaan 10 nescafe. Rancangan tu berdasarkan lagu2 popular undian peminat. Bila ada juri professional dah tentu ikut selera mrk mcm anugerah skrin jugak. Kenapa peminat x pertikai sapa menang anugerah skrin??? Sbb retis yg ko minat menangkan?
Apa nak heran dengan TV3Suku ni?? dulu time Umno memerintah setiap malam kelentong rakyat Msia kt dlm Buletin Utama. Setakat AJL ni apalah sangat….
Juri sendiri bebal nilai lagu. Lagu Ara dulu tu sendiri obviously lirik duk ulang2 dari mula smpai habis tp masa semi diangkat sbg lagu terbaik. Pernah jumpa lagu yg ada 5x korus yg ulang rangkap yg sama selain lagu kanak2. Aku rasa juri sendri xtahu apa depa cari .. penjurian very subjektif. Justify gini tapi result gitu. Ala2 pki baju x cukup kain,tarik bwh nmpk atas, tarik atas nmpk bawah.
Patutnya bt la 60 40. 40 mlm final.. sbb lagu yg masuk mmg dh ada fanatik masing2. Tggl lagi sapa yg perform the best akn mng. Mcm boring jah tetiba bebudak hingus sumbng cam ara dpt tmpt ke 2. Senior2 lain habuk x dpt walo nyanyi bgus.
Trima je lah hakikat selagi industri muzik dipegang oleh golongan2 tertentu yg x reti undur yg dah boleh jd kategori tukun, selagi itulah kualiti lagu kat malaysia ni terkebelakang 20 -30 tahun. Lagu merepek2 sbb vokal dan melodi x penting.
Harap ramai lagi expose kan benda ni. Bila nk maju?
Biasa la kalau ko anak emas tv3, selalu involve slot terbitan tv3 mmg kompem dpt la….skg zmn hael…dulu faizal tahir…
Lagu eh yg ntah apa2 ntah pn dpt…sherry al hadad tu pun kalau masuk ajl pn kompem dpt masuk final…ajl is kroni!!!!
Perghhh hashtag ni lagi padu menggelabah TV3 kalau netizen berjemaah boikot AJL
Era dinasor lol
Bodoh TV3 stesen kroni AJL dh mcm ABPBH cap ayam!
Org yg sama komen dkt 10x point pun sama. Peminat Naim Daniel le tu haha. Lagu baru dia tu simple jek progression kord dia. Bagus lg lagu sumpah tahun lps. Lg pun xkan nk suh dia je menang?!
X sama. Yg komen tu mmg kaki komen kat sini. Aku kenal diorang ni
Politik taik je semua ni
Yonniboy…sebutan x jelas…serabut dengau…mmg patut reject..
Lagu hafiz dgn adira apasal x masuk final
lagu sakit tu sedap..penuh menjiwai lirik2 dia.. mmg patut la ramai marah.. hahah dont worry mmg x lyn pn AJL ni..