fbpx

Anzalna Nasir Kurang Berlakon, Mahu Hamil Tahun Ini

Setelah lebih 2 tahun mendirikan rumah tangga bersama suami tercinta, Anzalna Nasir menjelaskan buat ketika ini dia banyak menghabiskan masa di rumah malah dalam masa yang sama turut mengakui sudah bersedia menggalas tugasan sebagai seorang ibu selain merancang untuk hamil pada tahun ini.

BACA: Bella Astillah Terima Maaf Anzalna Nasir

“Buat masa ini, saya banyak berehat dan menghabiskan masa di rumah. Doakan yang baik-baik agar saya dan suami dikurniakan cahaya mata. Sebenarnya tahun lalu saya sudah bersedia untuk jadi ibu tetapi belum ada rezeki”

“Jadi, kali ini saya mahu berehat dan bercuti bersama suami,” katanya kepada Harian Metro. Selain itu baru-baru ini tersebar khabar angin yang menyatakan bahawa Anzalna sudah hamil.

Mengakui tidak kecil hati dengan perkhabaran tersebut, Anzalna dalam masa yang sama turut berharap agar peminat sentiasa mendoakan kebaikan buatnya.

“Gara-gara berat badan naik, ramai orang ingat saya hamil. Macam mana badan tak naik kalau hati gembira dan banyak berehat di rumah? Syukur, ramai mendoakan saya cepat hamil dan bergelar ibu”

“Tiada istilah kecil hati atau marah apabila ada yang sebar cerita kononnya saya hamil. Mohon teruskan berdoa supaya impian saya berbadan dua tahun ini tercapai,” katanya. (rtky/s)